Wednesday, 2 July 2014
RUMUSAN PERPADUAN
Daripada tugasan, kita dapat memahami bahawa keamanan dan kedamaian Malaysia diwujudkan dengan pelbagai peranan yang dimainkan oleh semua rakyat. Iktibar yang kita peroleh ialah kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kita hendaklah memajukan negara dengan menjalin hubungan baik dengan semua kaum di negara ini. Di samping itu, perselisihan hendaklah diselesaikan melalui perundingan. Saya berharapa agar masa depan politik Malaysia yang lebih cemerlang. Selanjutnya, setiap lapisan masyarakat di bawah payung 1 Malaysia haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia supaya negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakyat di negara lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)