Sunday, 11 August 2013
NILAI PERPADUAN PEGANGAN HIDUP RAKYAT DAN RUMUSAN
Rakyat hendaklah mengamalkan nilai tolong-menolong. Kita hendaklah mengukuhkan nilai kerjasama. Selain itu, kita mestilah menunjukkan nilai bertoleransi.Nilai jati diri rakyat perlu dipertingkatkan. Nilai tanggungjawab bersama haruslah dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, semangat 1 Malaysia disemaikan pada setiap orang. Seterusnya, nilai bersopan santun jangan diabaikan. Nilai berbudi bahasa juga penting dalam isu ini. Kita wajib mengamalkan nilai saling menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula, kita mengamalkan semangat kekitaan dalam masyarakat majmuk ini.
Setiap rakyat mesti mengamalkan perpaduan. Rakyat perlu mengelak daripada bersikap perkauman. Dasar ekonomi dan social menuntut setiap rakyat supaya terlibat secara aktif dalam usaha memupuk perpaduan nasional. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang diamalkan selama ini menyediakan asas yang kukuh kepada Negara untuk lebih maju pada masa hadapan. Setiap rakyat bertanggungjawab memelihara kestabilan ekonomi dan politik Negara.
CADANGAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam acara rasmi. Selain itu, sekolah melaksanakan Bulan atau Minggu Kebangsaan. Pihak kerajaan mengadakan seminar,pidato,forum dan teater dalam peringkat kebangsaan. Di samping itu, program sekolah memperkukuhkan bahasa Melayu seperti sudut pidato, kuiz bahasa dan lain-lain. Seterusnya, Audit bahasa diadakan. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka juga diperkukuh.Tambahan pula, menggalakkan penterjemahan buku asing ke dalam bahasa Melayu. Bukan itu sahaja,penggunaan bahasa Melayu pada iklan dan papan tanda. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam media cetak dan elektronik. Selanjutnya, pemimpin menggunakan bahasa Melayu.
KEJAYAAN MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM OLEH PEMIMPIN NEGARA SEHINGGA MENJADI CONTOH KEPADA NEGARA LAIN
Antara kejayaan ialah Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan. Rukun Negara digubal. Selain itu, kita merealisasikan Wawasan 2020. Di Negara kita, tidak berlaku peperangan dan pergaduhan kaum. Negara kita aman dan makmur. Di samping itu, hari perayaan disambut oleh semua kaum. Rakyat bangga dengan bendera kebangsaan dan lagu Negara. Seterusnya, sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama. Bukan itu sahaja, rakyat menerima kebudayaan kebangsaan. Selanjutnya, kebebasan mengamalkan agama masing-masing.
PERANAN GENERASI MUDA MEMELIHARA KEAMANAN NEGARA
Generasi muda memupuk semangat saling bekerjasama dan tolak ansur. Mereka menanamkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada pemeintah. Selain itu, mereka bersikap sanggup berkorban dan berterima kasih antara satu sama lain. Di samping itu, mereka berpegang teguh kepada ajaran agama. Seterusnya, mematuhi undang-undang Negara. Tambahan pula, mengamalkan sikap toleransi. Mereka juga menyelesaikan masalah secara perbincangan. Bukan itu sahaja, menghormati amalan agama dan budaya kaum lain. Selanjutnya, menghormati amalan kebebasan beragama. Lebih-lebih lagi, mengamalkan cara hidup demokratik.
USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM MELALUI PENGGUBALAN RUKUN NEGARA
Antara matlamat Rukun Negara ialah memelihara corak hidup demokratik. Selain itu, mencipta sebuah masyarakat adil. Di samping itu, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. Seterusnya, membina masyarakat progresif. Tambahan pula, menggunakan sains dan teknologi.
Dalam prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, agama menjadi pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat mudah diurus menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Dalam prinsip Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, rakyat dituntut setia kepada raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara. Dalam prinsip Keluhuran Perlembagaan, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan dianggap luhur, unggul dan suci. Dalam prinsip Kedaulatan Undang-undang, rakyat mesti menghormati undang-undang. Rakyat tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Dalam prinsip Kesopanan Dan Kesusilaan, rakyat mengamalkan nilai-nilai murni. Hal ini menjamin masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
Subscribe to:
Posts (Atom)