Sunday, 11 August 2013

USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM MELALUI PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

Antara matlamat Rukun Negara ialah memelihara corak hidup demokratik. Selain itu, mencipta sebuah masyarakat adil. Di samping itu, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. Seterusnya, membina masyarakat progresif. Tambahan pula, menggunakan sains dan teknologi. Dalam prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, agama menjadi pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat mudah diurus menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Dalam prinsip Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, rakyat dituntut setia kepada raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara. Dalam prinsip Keluhuran Perlembagaan, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan dianggap luhur, unggul dan suci. Dalam prinsip Kedaulatan Undang-undang, rakyat mesti menghormati undang-undang. Rakyat tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Dalam prinsip Kesopanan Dan Kesusilaan, rakyat mengamalkan nilai-nilai murni. Hal ini menjamin masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

No comments:

Post a Comment