Thursday, 24 April 2014

NILAI/IKTIBAR DARIPADA DASAR IMPERIALISME DAN SISTEM BIROKRASI BARAT KE ASIA TENGGARA DAN RUMUSAN

Sebagai lantaran idea yang pertama,nilai kerajinan berusaha bersungguh-sunggguh.Selain itu,kita wajib berkemahiran tinggi. Di samping itu, kita perlulah bersyukur pada kurniaan Tuhan.Seterusnya,kita patutlah memanfaatkan sumber sedia ada. Tambahan pula, nilai berani mencuba sesuatu yang baru.Bukan itu sahaja,bijak memanfaatkan peluang. Selanjutnya,bersifat kreatif. Sementelahan itu,rakyat berdaya saing.Dari perspektif lain,kita mestilah mempunyai jati diri yang tinggi. Jika disingkap dari sudut yang berlainan,nilai perpaduan yang jitu. Rumusan ialah perubahan sistem politik dan eksploitasi ekonomi oleh penjajah telah menindas hak peribumi.Perkara ini telah mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.Penjajah menggunakan apa-apa sahaja cara demi mengekalkan kekuasaannya.Perjuangan para nasionalis memperlihatkan semangat juang yang kental,keberanian dan pengorbanan yang tinggi.Kita patut mencontohi perpaduan,kepimpinan dan kebijaksanaan para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara.

1 comment: